Monday, November 14, 2011

Budak-budak menyambut saya pulang

Setiap hari apabila saya sampai di rumah sekembalinya dari bekerja atau apa sahaja urusan di luar, ada sahaja sekumpulan budak-budak yang menyambut kepulangan saya.

Secara tidak langsung dengan sambutan itu terhibur juga hati saya. Stres dan rasa tidak senang hati akibat tekanan dan kekangan tugas, sedikit demi sedikit terhapus apabila melihat gelagat budak-budak tersebut.

Ada yang bersuara mengucapkan selamat pulang serta salam. Ada yang melompat-lompat. Malah ada pula yang mencakar-cakar tayar, kemudian melompat naik ke atas bonet kereta.

Mari saya dedahkan identiti budak-budak itu satu persatu.

.
..
...
...
..
.

Ini Binja namanya...


Ini pula Bodek...


Ini dipanggil Buyat...!!!


Ini pula, siapa lagi kalau tidak Komot...!!!

Saturday, November 12, 2011

Komot sukakan kamera?



Satu lagi perangai Komot.

Dia suka diambil gambar. Suka bergambar...

Inilah antara wajah Komot yang seolah-olah posing untuk kamera.

Wajah Komot kini kelihatan bersih dan bebas dari sebarang kekotoran wajah.

Bukan seperti dahulu, penuh dengan kurap.

Komot mesra terlena



Pada suatu ketika ada seekor anak kucing yang singgah di rumah kami.

Kuning oren warna bulunya. Tetap comel walau pun 'kucing pendatang.'

Kata isteri saya, "Mungkin kucing orang. Bersih sahaja bulunya."

Kucing jalanan yang tidak bertuan selalunya kotor dan selekeh bulunya.

Naim, anak saya yang menjadi penggemar yang nombor wahid, berkata, "Kita panggil dia Berlemang sahajalah."

Beliau memang pakar dalam memberi nama kucing yang singgah di rumah kami.

Dalam gambar ini kelihatan Berlemang tidur di sebelah Komot. Komot kroniku.

Selepas dua atau tiga hari, Berlemang tidak datang lagi. Tentunya sudah sampai masa dia meneruskan 'perjalanan' atau telah kembali ke rumah tuannya.

Friday, November 11, 2011

Aku Kroni Komot



Ya, akulah kroni Komot.

Komot. Itulah nama yang ku berikan bagi kucing ini.

Pada suatu hari seekor anak kucing datang ke rumah ku. Ketika itu rupanya sungguh comot. Telinganya penuh dengan kurap. Sungguh kasihan melihat anak kucing yang kurus dan berkurap pula.

Oleh sebab ia comot maka aku panggil ia Komot.

Kini aku menyatakan aku kroni Komot.

Walau pun aku tidak dapat pastikan adakah Komot juga menganggap aku sebagai kroninya. Biarlah begitu. Lagi pun aku belum berapa fasih bahasa kucing.

Aku kroni Komot...