Saturday, November 12, 2011

Komot mesra terlena



Pada suatu ketika ada seekor anak kucing yang singgah di rumah kami.

Kuning oren warna bulunya. Tetap comel walau pun 'kucing pendatang.'

Kata isteri saya, "Mungkin kucing orang. Bersih sahaja bulunya."

Kucing jalanan yang tidak bertuan selalunya kotor dan selekeh bulunya.

Naim, anak saya yang menjadi penggemar yang nombor wahid, berkata, "Kita panggil dia Berlemang sahajalah."

Beliau memang pakar dalam memberi nama kucing yang singgah di rumah kami.

Dalam gambar ini kelihatan Berlemang tidur di sebelah Komot. Komot kroniku.

Selepas dua atau tiga hari, Berlemang tidak datang lagi. Tentunya sudah sampai masa dia meneruskan 'perjalanan' atau telah kembali ke rumah tuannya.

No comments:

Post a Comment